masih adakah Masa...
masih bertempatkah Ruang...
ku memandang kejauhan
namun menyaksikan kedekatan
tidak bersentuh
namun terasa hangatNya
Kau..
kesahduan tiba-tiba terbuka
meratap tadahan KasihMu
buat roma nafasku merenung jauh
lalu larian sesaknya seakan menyempit
menutup semua 7 pintu rasa
terasa Arashku bergoyang
merentap kekosongan semalam
alirNya menjalar mahu di rangkul
dalam kedambaan kudus di Rahsia Alif
uhh..ku syairkan kehadiran
yang memecahkan kebekuan akal
antara sutera dan bulan
aku berenang di lautan intiMu
AwaL....
No comments:
Post a Comment