Friday 24 February 2012

mencari rindu di hatimu

mencari rindu di hatimu

persis sangSukma
melangkah tanpa gerak di maya
bagai bangkitnya phoenix
menerjah sejuta alam fatamorgana
hanya mahu menjejaki rinduku di hati Laila....

nyalalah lilin
aku mahu menerangi matahari
merisik rinduku yang di simpan
entah digenggam atau dihumban....

ku bawa bersama seribu Majnun
walau memecah tapi bersatu
menerajah seberkas uncang
bakal terisi dirindu Laila.....

AwaL....risaumu membuatku resah...!!
23 Feb 2012

No comments:

Post a Comment