Friday 24 February 2012

bila matamu ku renung

bila matamu ku renung

setitis embun pun tak mahu menitis
buatku dinginkan ais yang tebakar
iris kening ku meronta
mahu berkelip atau menopang Cahaya

para pemadam rindu
kehabisan awan yang mencair
ronanya membanjiri sekolam mimpi
mahu menatapmu di sua wajah

kau yang tertunduk atau aku
meratap kehangatan lahar Merapi
tak mampu memikul renungmu
yang menerjah ke jantung nuraniku

matahari..bulan..bintang
masuklah ke cakraku
agar dapat aku menyatu dengan alam
buat penawar di renung matanya

uuhh..bila matamu ku renung...

AwaL...kejora pun terpadam melihat matamu..!!

No comments:

Post a Comment