Wednesday 22 February 2012

Bila Dia....

Bila Dia....

Bila ada yang sayang
jangan lukai hatinya.

Bila ada yang cinta
jangan kamu titiskan air matanya.

Bila ada yang menanti
pastikan kamu kembali.

Bila ada yang setia
lakukan yang sama.

Bila dia pergi
pergilah kejari selagi dia bererti...
Kerana bila dia tiada di sisi
kamu akan sunyi dan sepi.

Bila dia tiada di sisi
tiada gunanya menangis sesal
air mata berdarah tiada mampu
membuat dia pulang kembali padamu.

Bila dia masih di sisi
hargailah dia segenap hatimu
ikhlaskan khidmat sayangmu
insya Allah … dia akan mencintaimu
seperti mana kau mahu ♥

Isma Anis Al-Fikri
♥ 22 Feb 2012 ♥

No comments:

Post a Comment