Friday 24 February 2012

di dakap Rahsia

di dakap Rahsia

aku
merangkul Rahsia
yang di titipkan sebelum ada
dari tiada menjadi ada

terbakarkah dek api
jika tanpa kehangatanMu
yang kau utuskan bersama
rasa amarah di Istana HatiMu

basahkah dek air
jika tanpa kedinginanMu
yang kau jadikan rasa
di serambi KelembutanMu

uuhh..SangRasa
kau bawaku ke alam asyik
menerawang bersama Cinta
berterbangan bersama rindu

desir ...
berteriakan lembut di bahuku
melaung NamaMu di setiap nafasKu
yang Kau pakaikan di semadi jasadKu

Ya......
sampai aku tiada kata
mahu mendakap satu Rahsia
NamaMu tidak terucap
dalam rangkulMu aku berserah..

AwaL.....

No comments:

Post a Comment