Friday 24 February 2012

~Buat Sifuku & Mereka Yang kupanggil GURU~

~Buat Sifuku & Mereka Yang kupanggil GURU~

Kau ibarat purnama
nurmu menerangi kegelapan,
membawa secangkir ilmu
agar diri tiada lagi meraba
seperti si buta dalam kegelapan ...

Kau ibarat lautan luas,
sarat penuh dengan pengetahuan,
tiada mungkin mampuku selam
mengisi telaga ilmu diri
yang isinya, aduh teramatlah sikit ...

Kau ibarat api
pembakar obor semangat,
merotan otakku nan tumpul,
sering berkhutbah padaku,
"jangan seperti katak di bawah tempurung,
jangan seperti lembu dicucuk hidung!"

setiap tunjuk ajar
walau hanya dengan sebaris kata,
bagiku baja menyuburkan minda
membuat diri ketagih ingin menambah
tiada pernah rasa mencukupi
setitik ilmu yang dikongsi bersama ...

setiap teguran yang bernas
panah kesedaran otak nan sempit,
biar terbuka luas & lihat
antara benar dan kebohongan!

bukan ingin mendewakan
atau memuji melangit,
namun tanpa menajamkan akal
pasti berkarat akal berpandir kejahilan!

Kau ...
sifu, guru dan teman
mutiara berharga pemberian Illahi,
ku sanjung tinggi
ku sembah hormat ...
hanya Allah ku pohonkan
agar setiap ilmu yang diberi
diganti dengan rahmatNYA ...

terima kasih
kerana sudi mengajar
hamba yang cetek pengetahuan
walau kekadang tercabar kesabaran ... hehehe

No comments:

Post a Comment