Friday 24 February 2012

~Hadirmu, Kasih~

~Hadirmu, Kasih~

tika aku dicemeti kecewa
yang kutahu duka berlara
kuhalau senyum dari bibir
kupadam bahagia dari hati

aku biarkan diri ditawan gelap
wulan menjadi teman setia
malam menjadi aku
aku menjadi malam kelam

saat kau hadir dalam hidupku
kasih sayang yang kau hembuskan
hilanglah segala perih membebani
aku mula mahu hidup gembira lagi!

kau gincukan bibirku
tinta merah memekar ceria,
kau dandankan bahagia
pada seri wajahku

dan aku lupa
erti duka, bait pilu.
aku lupa
makna derita, stanza sendu

hadirmu, kasih
anugerah yang berharga
walau kini aku tidak mampu
membait kata indah,
aku tetap bersyukur!

Raisya Scorp
♥ 23 Feb 2012 ♥

No comments:

Post a Comment