Monday 20 February 2012

SEKADAR SAJA...SEBUAH BICARA


Bisikan Rindu
SEKADAR SAJA...SEBUAH BICARA

tidak ku endah kata bisu
yang ada atau tiada
yang di bibir atau sekadar bicara
bahawa pelangi kan muncul selepas
turunnya hujan
juga rahsia akan tersingkap
selepas semua berkata benar

langit yang disangka tiada tepian
menyimpan banyak suka juga duka
usah kau ratapi
kerna ia kan pergi tanpa kata pamitan

andai kau mahu bertanya
tanyalah pada awan yang biru
tapi andai angin bayu yang menyapa
sahutlah walau tanpa sengaja

jika sudah berkata
bahawa cinta itu buta
jangan kau sia2kan semua
kerna pelangi kan hilang
bila mentari tiba

carilah di mana saja
waima ke lautan india
tuntutlah ilmu walau ke negeri China
itu pepatah sejak dulu kala

teman setia
temuilah dan dampingilah ia
yang mampu susah dan senang bersama
yang mampu bersama suka dan duka
yang mampu menjadi sahabat walau di mana

sekadar berkata tanpa pena
sekadar menyata tanpa bicara
sekadar berkongsi cipta dan rasa
sekadar mampu dan terdaya

~~bisikan rindu~~

No comments:

Post a Comment