Monday 20 February 2012

~Doa Bisikan Rindu~

Bisikan Rindu
Dalam gelap malam
aku bersujud padaMu Ya Tuhan
dengan getar dan lemahnya aku
aku bertasbih dan bertakbir padaMu
kan kuteriakan sekuat hatiku
agar runtuh dan roboh segala riak dan sombong
yang ada dalam diriku

Dalam sujukku Ya Rabbi
aku tersedu menangis
waima kering airmata ini
namun yaTuhan
biarlah sentiasa basah hatiku
dengan selalu mengingatiMu

Dalam tahjudku ya Rahim
kulihat segala noda dan dosaku
kulihat semua nista yang aku perolehi
datar mencengkam dalam nuraniku
jiwaku kelam tak berpenghuni

Dalam tasbihku Ya Rahman
biarlah aku rebah dalam sinarMu
sehingga aku sedar bahawa
aku telah lalai Ya Tuhan
berilah aku hidayahMu ya Tuhan
biar aku bisa menggapai semula hidayatMu

Dalam sujudku Ya Tuhan
aku berdoa padaMu
berilah aku ruang nafas tuk sekali lagi
kerna aku ingin sekali menjadi diriku
yang sentiasa berada dalam naungan kasih
dan rahmatMu....
hanya padaMu ya Allah
aku memohon perlindungan

amin...


~~bisikan rindu~~

No comments:

Post a Comment