Monday 20 February 2012

♥ Andai Wanita Tahu ♥

♥ Andai Wanita Tahu ♥

Andai wanita tahu..

Apabila seorang lelaki jatuh cinta,
itu tak semestinya lelaki punya segalanya
tapi wanita itu adalah segalanya dihatinya.

Andai wanita tahu..
Apabila seorang lelaki mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah
tapi dia sedang mencari kekuatan
tuk terus tabah mencintai wanita itu.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki cemburu dan tak percayakanmu
tak bermakna dia tak sayang
tapi dia terlalu sayangkanmu
dan masih mengangapmu anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri kebapaannya sangat kuat..dia hanya nak yang terbaik tukmu.

Andai wanita tahu..
Apabila lelaki berkata "tolong tinggalkan saya"
tak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikiran sebentar
dan apabila kembali tenang
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda.

Andai wanita tahu..
Lelaki sulit untuk mengawal perasaan
dan terlalu emosional,
tetapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda ...

21 Feb 2012

No comments:

Post a Comment